i follow... :-)
Bagaimana Bermain Illusi Dengan Bijak (Untuk Pengampu Negara)
Saya melihat pada hari ini, para pengampu mamanda ghairah untuk cuba mencari bukti-bukti untuk meyakinkan rakyat tentang apa yang didakwa.
Jika rakyat percaya, kredit diberikan pada pengampu tersebut & Kerajaan bertambah kuat dgn sokongan rakyat.
Jika rakyat tidak percaya, Kerajaan akan dicop cuba memperbodohkan rakyat, walahal yang cuba perbodohkan rakyat adalah pengampu tersebut yang tidak belajar ilmu putar alam dgn bijak.
Sesuatu bahan illusi/cerita dongeng boleh dijadikan sebagai satu kebenaran, bukan dengan menekan rakyat dgn siaran berita berulang kali. Kalau yang ditekankan kepada rakyat adalah berita yang tidak masuk akal, ulang 1000 kali pun tidak mampu untuk mengubah persepsi rakyat.
contoh yang diambil:
- Tilam Anwar yang diusung kesana kemari semasa perbicaraan.
Jika ditanya seluruh rakyat Malaysia, siapa yang percaya mengenai tilam ini. Ramai yang ketawa sinis mengenai hakikat ini. Ini satu kegagalan dalam mencipta bukti.
Kerajaan perlu mempunyai pakar illusi yang bijak untuk bermain-main dgn fikiran rakyat. Jangan tergesa-gesa terus membawa pada bukti yang menyebabkan minda membuat 'rejection'.
Cukup setakat pada hari ini. Pelajaran akan disambung.
Tidak releven.
Senyum Bukan Indah
- Posted: 12:02 PG
- |
- Author: Aduka-Durja
- |
- Filed under: Bait
Dalam diamnya terlipat rahsia
dalam tawanya terkandung hiba
digenggam kemas mengalir jua
disimpan rapat melimpah dia
Kalung dileher indah berhias
Senyum sidia mata bercahaya
Pagari teman terkena tempias
labuh segala luahkan semaya
- Nurkilan rasa melihat seorang rakan menyembunyikan keperitan hidup dengan sentiasa melemparkan senyuman..Keperitan itu tiada siapa yang tahu, lansung tidak diceritakan pada sesiapa pun.. Aduka Durja hormat sama dia.
Dan Tujuh Manismu Hilang...
- Posted: 8:03 PTG
- |
- Author: Aduka-Durja
- |
- Filed under: Bait
Saat berlalu pergi
Tujuh tahun lenaku direntap
Mimpi ngeri sepanjang malam
Kian hari melebar luka
Tujuh tujuh tujuh
lafaz tujuh meniti dibibirmu
apa saja tujuhlah angka
namun tujuh tahun bukan bahagia
Lenamu lenaku rupanya seiras
sama kusam sama redup
senyummu meniti senipis satu
namun lukamu sedalam enam
Gagahiku menapak salji
menghalusi tujuh pahit berliku
sepanjang masa sepanjang abad
sekeping jasad selonglai tangisan...
- Insan teristimewa Aduka Durja menghubungi Aduka Durja mengatakan dia berada diambang penceraian dengan suaminya. Dia yang terlebih dahulu meninggalkan Aduka Durja kerana sedikit salah paham, dan tahun ini genap tujuh tahun dia meninggalkan Aduka Durja. Angka tujuh adalah angka kegemarannya. Aduka Durja mendoakan agar semoga perkahwinan dia dapat diselamatkan..
Putih Matanya
- Posted: 8:02 PTG
- |
- Author: Aduka-Durja
- |
- Filed under: Bait
Redup matanya ada aku.
Sekilas rindunya ada aku.
Lebar senyumnya ada aku.
Tapi mataku, rinduku, senyumku, tiada dia.
Tuhan tolonglah. Fahami dia....
- Kegigihan seorang gadis merintih cinta dari seorang lelaki, namun lelaki tidak berani melafazkan kata-kata 'tidak'. Aduka Durja bersimpati pada kedua-duanya.
Flickr Photostrem-
Aduka Durja seorang pria yang bingung dengan situasi dunia pada hari ini.



